SUBURKAN KASIH SAYANG #

Views
Assalamualaikum :') sihat ? seoga semua pembaca blog ayin nie berada dalam keadaan sihat walafiat dengan rahmat dan limpahan kasih sayang dari Yang Maha Esa .
 Apabila melihat gambar gambar bayi yang dibuang, membaca kisah kisah anak yang didera dan dibunuh di dalam surat khabar atau televisyen, apakah perasaan korang ? pastinya korang berasa kasihan, sedih dan secara fitrahnya kita dijadikan Allah dengan perasaan kasih dan sayang . kasih sayang ini berhubung kait dengan fitrah hati . ia umpama tali yang mengikat hati hati manusia . apabila wujudnya kasih sayang, maka lahirlah perasaan kemesraan dan apabila dan apabila wujudnya kemesraan maka terbitlah kesahteraan dalam hidup .
 Namun, kenape berlakunya kes kes sedemikian ? ini kerana perasaan sayang semakin terhakis dalam diri manusia . masyarakat semakin jauh daripada mengikuti perintah Allah . malah, lupa menjadikan Islam sebagai satu cara hidup .
 Oleh itu, marilah sama sama kita jadikan Islam sebagai panduan dalam kehidupan . solat jemaah jadikan amalan, ikut perintah Allah dan jauhkan larangannya . suburkan kasih sayang di antara kita . bahkan haiwan pun Allah tuntut supaya kita kasih dan sayang . moga dengan permulaan ini akan mematabatkan kembali nilai kemanusiaan .
 Sabda Rasullah SAW: ''Sesungguhnya sekuat kuat ikatan iman itu ialah kasih sayang kamu kerana Allah dan benci kamu kerana Allah'' .

#OKAY TAK KARANGAN AKU ? SILA KOMEN OKAY ! DAN AKU PUNYA KARANGAN NIE DAPAT ''A'' DALAM PEPERIKSAAN :) BANGGA !! CAKAPLAA TAHNAH SIKIT >< #merepek

2 ♥SUARA MENGILAI♥: